Akil bersemuka dengan semua jin Tok Misai dan meminta agar mereka meninggalkannya. Namun jin-jin itu enggan kerana mereka perlukan tuan. Tok Misai sudah meninggal. Akil buntu dan menceritakan semuanya kepada Nabil. Nabil begitu marah dengan sikap Akil sehingga tidak mahu lagi berjumpa Akil jika dia tidak menghalau jin-jin itu. Akil mencari dukun untuk membantunya melalui Google dan dia menemui Dukun Anjang Itam. Apabila mengetahui Akil memiliki Cincin 4 Keramat, Dukun Anjang Itam dengan gembiranya mahu menolong. Namun Akil tidak menceritakan tentang cincin itu kepada Dukun Anjang Itam. Akil juga ditinggalkan Cikgu Shila kerana membela jin.